HUKUM LELAKI MELIHAT PEREMPUAN AJNABI
RAHSIA AURAT SEMPURNA 20 Nov 2014/27 Muhrm 1436 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Hukum secara umumnya, majoriti ulamak mengharamkan daripada melihat seluruh badan perempuan ajnabi jika ia boleh menimbulkan syahwat. Ini kerana, melihat dengan rasa syahwat adalah penyebab kepada berlakunya zina. Oleh itu, jalan menuju kepada yang haram hukumnya haram. Namun, apabila seseorang itu memandang perempuan tanpa ada rasa syahwat, para ulamak berselisih pendapat tentangnya Pertama : Memandang perempuan muda atau remaja perempuan ajnabi. Majoriti ulamak mengatakan bahawa memandang seluruh badan perempuan ajnabi adalah haram. Namun hukum ini dikecualikan kepada sesetengah anggota iaitu wajah, tapak tangan, kaki dan lengan. Melihat wajah wanita ajnabi dibenarkan jika pandangan itu tidak menimbulkan syahwat. Ini kerana pandangan majoriti para ulamak iaitu ulama Hanafiyah, Malikiah dan Hanabilah. Jumhur berpandangan b...