AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
(RAHSIA AURAT SEMPURNA)
15 Nov 2014/22 Muhrm 1436
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Solat mempunyai beberapa syarat dan rukun yang perlu dipenuhi oleh orang yang akan
menunaikannya. Sekiranya ia tidak memenuhi syarat dan rukun tersebut, maka solatnya tidak sah.
‘Syarat’ ni adalah kewujudan sesuatu perkara adalah bergantung kepada kewujudannya (tanpanya sesuatu itu tidak akan wujud), dan ia bukan satu bahagian atau juzuk daripada perkara tersebut.
Solat! Ia tidak sah selagi mana seseorang itu tidak memenuhi syarat-syarat solat. Antara syarat-syarat solat secara umumnya ialah bersuci, mengetahui masuk waktu solat, menutup aurat dan menghadap qiblat. Justeru, antara syarat sah solat adalah menutup aurat dengan sempurna.
SEMPADAN AURAT DALAM SOLAT
Sempadan aurat bagi lelaki ialah antara pusat dan lutut seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Oleh itu, ia wajib ditutup ketika mendirikan solat. Manakala bagi kaum perempuan pula, mereka perlu menutu seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan ketika menunaikan solat.
Firman Allah dalam surah al-A’raaf ayat 31:
“wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
Ibnu Abbas ketika mentafsirkan ayat ini, beliau berkata, “maksud ayat ini ialah memakai pakaian ketika solat.”
Daripada Aisyah, bahawasanya Nabi telah bersabda, “Allah tidak menerima solat seseorang yang berhaid (sudah baligh) melainkan dengan (memakai) tudung (menutup kepala dan leher).” HR Abu Daud.
Kesimpulannya, berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, syarat sah solat ialah menutup aurat dengan sempurna sama ada lelaki atau perempuan.
SIFAT MENUTUP AURAT DI DALAM SOLAT
Pakaian yang menutup aurat bagi lelaki dan perempuan ketika meunaikan solat hendaklah tebal dan tidak menampakkan warna kulit. Tidak memadai jika orang yang solat menutup auratnya dengan pakaian yang terlalu nipis dan jarang sehingga orang lain boleh melihat warna kulitnya. (bab ketat dan nampak bentuk badan itu perkara lain).
Di zaman serba moden ini, ledakan fesyen yang menjadi trend masa kini telah menular sehungga kepada pemakaian telekung. Kadang-kadang ramai yang membeli telekung tanpa memilih jenis fabrik sama ada TEBAL, JARANG atau NIPIS sehingga ada yang boleh menampakkan warna kulit. Kebanyakkannya membeli kerana faktor sulaman yang cantik dan jenama. Tidak salah untuk membeli telekung yang berfesyen, tetapi pilihlah jenis kain yang tebal dan tidak jarang dan tidak menampakkan warna kulit.
Bagi orang lelaki mungkin tiada masalah dalam hal ini,(pakai tuala pon dah boleh solat) kerana syarat sah solat bagi lelaki memadai hanya menutup antara pusat sehingga ke lututnya. Namun dengan syarat pakaian itu tidak jarang, tidak terlalu nipis dan tidak menampakkan warna kulit.
Sebenarnya telekung merupakan pakaian yang dipakai oleh perempuan di Nusantara ketika menunaikan solat dan ia bukanlah budaya yang dipakai oleh orang Arab dan lainnya. Tidak pakai telekung pun, sudah boleh melakukan solat, dan tiada alasan untuk tidak melakukan solat. Telekung bukanlah syarat sah solat, tetapi faktor penjagaan aurat itu yang patut diambil kira.
Kita tidak boleh mengenakan pakaian halus, nipis dan jarang ketika solat, begitu juga ketika berhadapan dengan orang yang bukan mahram. Ulama Syafi’iyah dan Hanabilah mewajibkan menutup aurat dengan kadar tidak kelihatan lagi warna kulit. Jika menutup aurat (memakai telekung atau lainnya) tetapi masih lagi menampakkan warna kulit daripada kain yang nipis dan jarang, maka ia tidak dinamakan sebagai menutup aurat.
Demikian juga ditegaskan di dalam kitab I’anah at-Tolibin, “wajib menutup aurat sehingga tidak menampakkan warna kulit, tidak memadai sekadar memakai pakaian yang nipis dan terlalu ketat.”
Daripada Aisyah, “ ketika Asma’ binti Abu Bakar masuk bertemu Rasulullah s.a.w dalam keadaan mamakai baju lembut dan halus, beliau ditegur oleh Nabi dengan sabdanya, ‘Ya Asma’, sesungguhnya perempuan yang sudah baligh tidak elok mendedahkan tubuhnya malainkan ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangan.”’ HR Abu Daud.
Kesimpulannya, pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna adalah syarat penerimaan ibadat solat. Namun jika perempuan itu memakai pakaian ketat dan menampakkan bentuk badan tetapi tidak menampakkan warna kulit, jika ia solat di dalam rumah atau bilik maka hukumnya makruh namun solatnya sah. Jika ia solat di tempat awam dengan pakaian seperti itu, hukumnya haram namun solatnya tetap sah. Haram disebabkan perbuatan memakai pakaian yang ketat dan menampakan bentuk tubuh badan.
Oleh itu, ambillah perhatian sewajarnya mengenai masalah ini. Kita tidak mahu apabila dihitung amalan kelak, hasilnya sifar. Tutuplah aurat dengan sempurna iaitu memakai pakaian yang tebal dan longgar (tidak nampak bentuk tubuh) dan menutup seluruh anggota aurat, sama ada lelaki atau perempuan.
Wallahuaklam......
Mohon maaf dan teguran diatas kekurangan dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..
Comments
Post a Comment